Niacinamide 10% Brightening Mask
Pickup currently not available
Topeng Pencerah 10% Niacinamide direka khas untuk mencerahkan kulit kusam, meratakan tona kulit, dan mengecilkan liang pori. Mengandungi kepekatan tinggi Niacinamide yang digabungkan dengan bahan pemutih semula jadi dan ekstrak yang menenangkan kulit untuk memperbaiki keremajaan kulit, memberi seri semula jadi, dan menguatkan lapisan pelindung kulit.
Bahan Utama & Fungsi
- Niacinamide (10%): Membantu mencerahkan kulit, mengurangkan pembentukan melanin, dan memudarkan bintik hitam serta tona kulit tidak sekata.
- Arbutin: Bahan pemutih lembut yang menghalang penghasilan melanin dan membantu mengurangkan hiperpigmentasi.
- Dipotassium Glycyrrhizate: Ekstrak akar likoris yang menenangkan kerengsaan, mengurangkan kemerahan, dan menyokong kesihatan kulit.
- Sodium Hyaluronate: Memberi kelembapan mendalam dan membantu mengekalkan hidrasi kulit.
- Ekstrak Chamomile: Menenangkan kulit sensitif dan mengurangkan keradangan.
Kelebihan Produk
- Mencerahkan kulit yang kusam
- Memudarkan bintik hitam, parut jerawat, dan cela
- Menyempitkan liang pori dan meratakan tekstur kulit
- Memberi hidrasi dan menenangkan kulit
- Menguatkan lapisan pelindung kulit
Sesuai Untuk
- Kulit kusam dan tona tidak sekata
- Kulit yang mempunyai hiperpigmentasi, parut jerawat atau bintik gelap
- Mereka yang inginkan kulit cerah dan halus
- Semua jenis kulit termasuk kering, berminyak, kombinasi dan sensitif
Cara Penggunaan
- Selepas mencuci muka, keluarkan dan letakkan topeng pada wajah
- Tekan perlahan agar topeng melekap kemas pada kulit
- Biarkan selama 15–20 minit
- Bergantung pada keadaan kulit anda, boleh bilas atau tepuk perlahan untuk menyerap baki esen
- Teruskan dengan rutin penjagaan kulit harian
5 pcs/box
Soalan Lazim (FAQ)
S1: Bolehkan topeng ini digunakan setiap hari?
Disarankan guna 2–3 kali seminggu. Sekiranya kulit anda sangat kering atau kusam, anda boleh guna setiap hari untuk rawatan intensif jangka pendek.
S2: Adakah sesuai untuk kulit sensitif?
Formulasi ini lembut, tetapi kerana mengandungi 10% niacinamide, pengguna dengan kulit sensitif disarankan membuat ujian tampalan terlebih dahulu.
S3: Perlu dibilas selepas guna?
Bergantung pada keadaan kulit, boleh bilas atau tepuk untuk serapan. Jika kulit anda berminyak atau ingin menggunakan solekan selepas itu, boleh bilas ringan dengan air.
S4: Apa perbezaannya dengan topeng pencerah lain?
Ia mengandungi niacinamide berkepekatan tinggi dan arbutin serta bahan menenangkan – gabungan yang memberi kesan pencerahan dan penjagaan kulit jangka panjang.
S5: Bolehkah digunakan semasa mengandung?
Produk ini menggunakan bahan yang selamat dan tidak merengsakan. Namun, jika anda mempunyai keadaan khusus atau kebimbangan, disarankan rujuk kepada doktor terlebih dahulu.
Anda mungkin juga suka