SURE-i 4 HER|Minuman Pemulihan Hormon Wanita Berasaskan Herba
Pickup currently not available
4 HER ialah minuman kesihatan berasaskan tumbuhan yang direka khas untuk menyokong keseimbangan hormon wanita, mengawal kitaran haid, dan meningkatkan daya ketahanan badan. Diperkaya dengan formula herba berpaten EstroG-100™, bersama serbuk jus longan dan kurma merah serta ekstrak goji, ia membantu meredakan simptom haid tidak teratur, ketidakseimbangan hormon menopaus, keletihan dan gangguan tidur.
Dirumus khas untuk wanita dalam fasa pra-menopaus, menopaus dan pascamenopaus, serta sesuai digunakan secara harian untuk penjagaan dalaman yang semula jadi. Bebas hormon tambahan, bahan pengawet, dan gula tambahan.
Kebaikan Utama
- Mengawal haid tidak teratur & simptom PMS
- Melegakan gejala pra/menopaus seperti panas badan dan berpeluh malam
- Menggalakkan tidur lena, meningkatkan tenaga & warna kulit
- Menyokong sistem imun dan kesihatan darah
- 100% ramuan berasaskan tumbuhan, sesuai untuk penggunaan jangka panjang
Bahan Utama & Fungsi
EstroG-100™ (540mg)
Kompleks herba berpaten dari Korea, terdiri daripada tiga ekstrak akar herba:
Phlomis Umbrosa
Mempunyai sifat anti-osteoporosis, anti-radang, anti-alahan, dan antioksidan. Tidak mempunyai kesan toksik dan selamat untuk kegunaan jangka panjang.
Cynanchum Wilfordii
Menyokong keseimbangan hormon, kesihatan tulang dan imun, serta melawan tekanan oksidatif.
Angelica Gigas
Herba Korea tradisional yang membantu mengurangkan simptom menopaus seperti panas badan, keletihan, berpeluh malam dan gangguan tidur.
Kelebihan EstroG-100™:
- Alternatif semula jadi kepada terapi estrogen
- Gabungan tiga herba yang berfungsi secara sinergi
- Disokong oleh kajian klinikal antarabangsa
- Bebas toksik, selamat digunakan secara berpanjangan
Serbuk Jus Longan & Kurma Merah
- Membantu mengatasi insomnia dan kelemahan saraf
- Menguatkan limpa dan perut
- Menambah tenaga (Qi) dan peredaran darah
- Menenangkan sistem saraf
Ekstrak Goji
- Kaya antioksidan semula jadi
- Meningkatkan sistem imun
- Melindungi daripada radikal bebas dan penuaan pramatang
Cara Pengambilan
| Kumpulan Sasaran | Dos Disyorkan |
|---|---|
| Wanita berumur 35 tahun ke atas | 1 sachet sehari |
| Wanita bawah 35 tahun dengan kitaran tidak stabil | ½ sachet sehari |
- Sebaiknya diambil pada waktu pagi semasa perut kosong
- Campur 1 sachet dengan 200ml air suhu bilik dan kacau rata
- Elakkan pengambilan selepas jam 4 petang untuk mengelakkan gangguan tidur
- Disyorkan pengambilan berterusan selama 2–3 bulan
Sesuai Untuk
- Wanita dengan haid tidak teratur, senggugut
- Wanita pra-menopaus atau menopaus
- Individu lesu, letih, dan kekurangan tenaga
- Masalah kulit kusam, tidur tidak nyenyak
- Mereka yang ingin menstabilkan hormon secara semula jadi
Arahan Penyimpanan
- Simpan di tempat sejuk dan kering, jauh dari cahaya matahari
- Suhu simpanan yang disyorkan: ≤30°C
- Jauhkan dari capaian kanak-kanak
Ciri-ciri Keselamatan
- Bebas Estrogen Tiruan
- Bebas Pengawet
- Tiada Gula Tambahan
- 100% Berasaskan Tumbuhan
- Disahkan MeSTI, GMP & Halal
6g / sachet x 14 sachet
Soalan Lazim (FAQ)
S: Adakah produk ini mengandungi hormon?
J: Tidak. Produk ini 100% bebas hormon dan menggunakan formula herba EstroG-100™ untuk membantu kestabilan hormon secara semula jadi.
S: Saya bukan wanita menopaus, boleh ambil?
J: Ya. Produk ini juga sesuai untuk wanita muda dengan haid tidak teratur, simptom PMS, atau keletihan disebabkan ketidakseimbangan hormon.
S: Bila saya boleh nampak kesan?
J: Biasanya pengguna akan rasa perubahan pada tenaga, tidur dan kitaran haid dalam 3–4 minggu. Untuk kesan penuh, amalkan sekurang-kurangnya 3 bulan.
S: Boleh diambil semasa haid?
J: Ya, tetapi bagi individu dengan badan sejuk, boleh kurangkan dos atau hentikan 1–2 hari semasa haid berat, kemudian sambung seperti biasa.
Anda mungkin juga suka